Terima kasih buat pengunjung dan pembaca sekalian kerana singgah di blog ini. Maaf agak lewat sedikit mengupdate blog buat kali ini. Alhamdulillah kita sudah berada di fasa kedua Ramadhan, memang terasa cepat sangat masa berlalu. Walau apapun, semoga kita dapat terus mengimarahkan lagi saki baki Madrasah Ramadhan yang masih ada ini untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik dan meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya.
Di kala kita sedang selesa menyambut ramadhan ini, saudara kita di Gaza, Palestin bermandi darah dan berjuang bertarung nyawa menuju syahid mempertahankan negara Palestin. Ramadhan kali ini adalah satu peluang untuk kita berdoa dan menyumbang untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Mungkin kita tidak mampu untuk berjuang mengangkat senjata seperti mereka tetapi sekurang-kurangnya titipkanlah doa buat mereka setiap kali berpeluang.
Coretan dari Presiden Pertubuhan Cakna Palestin saya titipkan di sini buat tatapan kita bersama dan sekiranya kita masih mencari-cari tempat untuk menyumbang kepada mereka boleh terus melalui nombor akaun yang tertera. Jika kita tidak mampu menyumbang, mungkin kita boleh kongsikan dengan saudra-mara dan rakan-rakan kita yang lain.
[Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepadaMu ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis Yahudi. Amin]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w.
Firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran ayat ke 123 :
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدْرٍۢ وَأَنتُمْ أَذِلَّةٌۭ ۖ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya : Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah, Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya.
Pada hari yang kesebelas Ramadhan, tanah Palestin masih tidak berhenti berdarah. Dunia hari digegarkan lagi dengan perang besar yang mengejutkan kaum Muslimin di seluruh dunia di antara pasukan pertahanan Briged Al-Qassam dengan pasukan tentera Rejim Zionis laknatullah. Ketika umat Islam yang lain menunaikan ibadah puasa, para mujahidin giat mempertahankan bumi anbiya pada hari kelima Gaza diserang. Rejim Zionis dengan zalimnya menceroboh dan merompak bumi Isra' Mikraj umat Islam Palestin.
Mengalirnya darah pada syuhada di bumi mulia Palestin. Semboyan jihad menggegarkan jiwa-jiwa hidup untuk berperang dijalan-Nya. Serangan ganas secara menyeluruh ke atas penempatan penduduk Gaza dilakukan oleh tentera bangsat Yahudi ini tanpa mengira orang awam yang tidak bersalah. Golongan lemah seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang-orang tua bagaikan menjadi ancaman besar buat mereka. Kagilaan Zionis semakin memuncak, musuh mereka tidak kira apa, sehinggakan rumah-rumah Allah turut menjadi mangsa.
Peperangan secara besar-besaran ini sudah diduga apabila cubaan nakal Yahudi untuk mencerobohi Masjidi Al-Aqsa sebulan yang lepas tidak berjaya. Kebangkitan anak-anak muda dan penduduk Baitul Maqdis terus memuncak. Jiwa mereka tidak pernah luntur dengan api perjuangan walaupun usia masih setahun jagung, jiwa besar mereka sudah berani untuk menghunus senjata walaupun sekecil lontaran anak batu. Tenaga muda atau 'murabbithin' ini giat berkampung bagi menjaga harta ummat Islam iaitu masjid al-Aqsa.
Kemuncak helah dan justifikasi Rejim Zionis untuk menyerang Gaza dan memusnahkan Hamas dan Al-Qassam hanyalah beralasan dengan isu tiga tentera Yahudi yang didakwa diculik oleh Hamas dan berakhir dengan suasana mereka terbunuh di Hebron dua minggu yang lalu. Bau busuk helah mereka sudah lama dapat di hidu. Panji-panji jihad sudah diangkat bagi memerangi tentera Zionis laknatullah.
Israel telah meraung seperti orang gila memberitahu dunia bahawa mereka di dalam keadaan terancam dengan sekumpulan pengganas yang sangat merbahaya. Sekutu Israel iaitu Mesir dan beberapa negara yang sefikrah dengannya menjadi boneka dan proksi Amerika Syarikat telah bersepakat untuk mengharamkan Hamas dan menyekat sebarang bantuan yang cuba disalurkan kepada Gaza. Sebagaimana Mesir pasca al-Sisi memulakan tekanan dan penderaan ke atas Gaza, mereka menyempitkan sempadan Rafah serta menghentikan sebarang keperluan yang diperlukan oleh rakyat Gaza. Bantuan gagal dimasukkan daripada melalui sempadan Rafah untuk disalurkan oleh penduduk Gaza.
Setelah Israel yakin dengan kecanggihan senjata yang dimiliki dan sokongan jitu daripada rakan-rakan sekutu di bumi Arab serta mendapat lampu hijau daripada White House, maka serangan demi serangan dilakukan di bulan Ramadhan. Barangkali mereka lupa bahawa Ramadhan adalah bulan kemenangan, kemuliaan dan pertolongan Allah ke atas hamba-hambaNya yang beriman. Itulah janji Allah senjak tercetusnya Badar Kubra pada tahun kedua Hijrah zaman baginda Rasulullah s.a.w hinggalah ke hari kiamat.
Maka hari ini, peperangan agung antara Islam dan Yahudi kafir laknatullah berulang untuk sekian kalinya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Dengan ini saya menyeru kepada muslimin dan muslimat seluruh Malaysia agar kita sama-sama menggunakan senjata yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita iaitu doa. Oleh itu, doakanlah untuk para mujahidin kita di sana agar Allah menetapkan tapak-tapak kaki mereka, menepatkan sasaran peluru-peluru mereka, mengenyagkan perut mereka, menghilangkan dahaga mereka, meringankan serta menyembuhkan luka-luka mereka, merahmati para syuhada mereka, dan menghancurkan musuh-musuh mereka.
Ingatlah, kemenangan mereka adalah kemenangan dan kemulian kepada kita semua umat Islam. Jihad kita adalah doa dan sumbangan derma kita kepada mereka. Seperti mana sabda Rasulullah s.a.w :
عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال: “ من مات ولم يغز ولم يحدث نفسه بالغزو ، مات على شعبة من نفاق”
Maksudnya : Daripada Rasulullah S.A.W “ Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)”.
Dan sabda Rasulullah s.a.w :
مَنْ جَهّزَ غَازِياً في سَبِيلِ الله فقد غَزَا، وَمَنْ خَلَفَ غَازِياً في أهْلِهِ فَقَدْ غَزَا
Maksudnya : Sesiapa yang menyediakan bekalan kepada seorang pejuang di jalan Allah maka dia telah berjuang dan sesiapa yang menanggung kebaikan kepada keluarga seorang pejuang maka dia turut berjuang.
Ketika jasad-jasad saudara kita di Gaza Palestin sedang berkecai, darah-darah mereka tumpah mengalir panas, harum semerbak, roh-roh mereka berterbangan dan burung-burung hijau mengelilingi Arasy Allah. Disaat kita sedang menyambut pertengahan Ramadhan ini dengan selesa, air-air mata ibu dan anak-anak mereka mengalir mengenangkan nasib yang menimpa. Maka seruan sumbangan derma amat diperlukan daripada saudara saudari sekalian.
Sumbangan dan derma anda boleh disalurkan kepada tabung Cakna Palestin di nombor-nombor akaun yang berikut :
Bank Islam : 0301 8010 1229 39
Maybank : 5530 3803 3881
Public Bank : 3988 9949 14
Atau hubungi kami bagi mendapatkan maklumat lanjut di talian yang berikut :
Tel: +609-7432010/ +01110732010
Fax: +609-7435010
Emel : mcpalestin@gmail.com
Semoga sumbangan anda ini turut memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang di Masjid al-Aqsa serta dicatat oleh Allah s.w.t sebagai amalan yang baik yang dinilai tinggi di sisi-Nya.
Salam Perjuangan!!!
Wan Mohd Sharafi b. Wan Mustafa
Presiden
Pertubuhan Cakna Palestin
12 Ramadhan 1435/ 10 Julai 2014

Sumber: Cakna Palestin
No comments:
Post a Comment