Hari ini saya nak berkongsi sedikit cerita mengenai keberkatan seorang ibu.
"Dan apabila mata ibumu sudah TERTUTUP, maka HILANGlah satu KEBERKATAN di sisi ALLAH, iaitu DOA SEORANG IBU.."
Alangkah besarnya darjat seorang ibu di sisi Allah itu. Tanpa seorang ibu tidaklah kita lahir ke dunia. Beruntung dan bersyukurlah jika kita masih punya ibu yang masih mendoakan kesejahteraan kita.
Muhammad bin Ali at-Tirmidzi bersama dua orang pelajar lainnya bertekad akan
melakukan pengembaraan untuk menuntut ilmu. Ketika mereka hendak
berangkat, ibunya sangat sedih.
"Wahai buah hati ibu," si ibu berkata. "Aku seorang perempuan yang sudah tua dan lemah, bila anakanda pergi tak ada lagi seorang pun yang bonda punyai di atas dunia ini. Selama ini anakandalah tempat bonda bersandar. Kepada siapakah anakanda menyerahkan bonda yang sebatang kara dan lemah ini?"
Kata-kata ini menggoyahkan semangat Tirmidzi, lalu ia membatalkan niatnya, sementara kedua sahabatnya tetap berangkat mengembara mencari ilmu itu. Suatu hari Tirmidzi duduk di sebuah pemakaman meratapi nasibnya; "Di sinilah aku! Tiada seorang pun yang peduli kepadaku yang bodoh ini! Sedang kedua sahabatku itu nanti akan kembali sebagai orang-orang terpelajar yang berpendidikan sempurna."
Tiba-tiba muncul seorang tua dengan wajah yang berseri-seri. Ia menegur Tirmidzi; "Nak, mengapakah engkau menangis?"

Tirmidzi menceritakan segala keluh-kesahnya itu.
"Mahukah engkau menerima pelajaran dariku setiap hari sehingga engkau
dapat melampaui kedua sahabatmu itu dalam waktu yang singkat?" Orang tua
itu bertanya kepada Tirmidzi.
"Aku bersedia," jawab Tirmidzi. Maka, Tirmidzi mengisahkan, "Setiap hari ia memberikan pelajaran kepadaku. Setelah tiga tahun berlalu barulah aku menyedari bahawa sesungguhnya orang tua itu adalah Khidir dan aku memperoleh keberuntungan yang seperti itu kerana telah berbakti kepada ibuku."
Begitulah kisah yang perlu kita ambil iktibar. Berbaktilah kepada ibu selagi nyawa dikandung badan. Lihatlah Tirmidzi, kerana pengorbanannya kepada ibulah, Allah telah mempertemukannya dengan seorang guru yang hebat.

Di situlah letaknya
keberkatan ibu terhadap kita. Ingatlah bahawa syurga di bawah telapak kaki
ibu. Mohonlah keampunan dari ibu terhadap dosa yang pernah kita lakukan kepada
mereka. Ingatlah kasih ibu membawa ke syurga.
(Sumber: Semanis Islam)
Suasana pagi ini membuatkan saya ingin berkongsi perasaan terharu dan gembira. Alhamdulillah dalam minggu ini, ramai customer yang membeli tudung labuh di Galeri Tudung Eksklusif dan Tudung Labuh Radiant Rumaisa' untuk dihadiahkan kepada ibu dan ibu mertua. Semoga ibu-ibu semua gembira mendapat hadiah dari anakanda tercinta. Mungkin mereka tidak mengharap sebarang hadiah dari kita sebagai anak, tetapi tanda ingatan kepada mereka itu pasti membuat mereka rasa gembira. Jika sahabat-sahabat semua juga nak hadiahkan tudung labuh kepada ibu-ibu atau kepada insan-insan tersayang, jemput klik di sini dan sini serta di sini juga. Stok sudah tak banyak yang tinggal lagi. Mungkin ada yang sudah kehabisan.
No comments:
Post a Comment