Saturday, 13 December 2014

Radiant Rumaisa': Tudung Labuh Twist Nelida 2.0 (XL)

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat semua pengunjung blog Radiant Rumaisa' yang dikasihi. Moga semuanya sihat-sihat semua. Bagi diri saya sendiri Alhamdulillah makin bertambah sihat dari demam panas. Lama dah tak sakit, jadi Allah bagi ujian sakit sekali-sekala buat penghapus dosa dan peringatan diri ini. Tambahan pula diri ini masih bersedih dengan pemergian nenek yang tercinta 3 hari lepas. Moga pengunjung-pengunjung blog ini sudi mendoakan arwah nenek saya Munah Hj Mat Din dan menyedeqahkan al-Fatihah kepada arwah.

Apapun kita yang hidup perlu meneruskan kehidupan ini. Jadi Alhamdulillah blog saya ini akan tetap terisi sekali-sekala selagi nyawa dikandung badan dan badan sihat sejahtera dengan izinNya jua.. 

Buat kali ini Radiant Rumaisa' membawakan tudung terbaru twist Nelida Exclusive versi ke-2. Dek penangan Nelida versi yang terdahulu sangat diminati ramai sehingga ketakcukupan stok maka pihak pengeluar telah bersetuju untuk mengeluarkan tudung Nelida Exclusive sekali ini bagi versi yang ke-2. Namun seperti biasa stok terhad kerana kami mementingkan kualiti dari kuantiti. Alhamdulillah setakat ini hampir 95% pelanggan Radiant Rumaisa' suka dan berpuashati dengan tudung Modern Hijab Exclusive ini dari segi kualiti dan cantik serta tampil dengan fesyen terkini. Walaupun labuh tetap tampil anggun dan menawan.  






Untuk gambar penuh:












Apa istimewanya dengan Nelida Exclusive XL ini?

~ Menutup dagu
~ Kain yang sejuk, lembut & selesa
~ Didatangkan dengan rona warna yang lembut dan menarik
~ Menjimatkan masa untuk anda yang sibuk dengan kerja harian
~ Awning lembut sesuai dengan semua bentuk muka 
~ Labuh menutupi dada
~ Sangat mudah dipakai dan digayakan 

~ Ditambah aksesori butang sebagai pelengkap gaya
~ Stok sangat terhad

Material : Lycra Korea
Design : Piping Border
Awning : Soft awning Kodroi
Size : XL
Labuh Tepi : Dari dagu 24-25.5 inci
Labuh belakang 35 inci
Labuh selepas twist : XL
Lilit Muka : 10.5 inci
Berat : 194 gram
=============================
Harga Runcit: RM 69
=============================
Cara order:

Taipkan <NAMA ANDA> <KOD TUDUNG>< BILANGAN> dan hantar ke
1. https://www.facebook.com/messages/galeritudunglabuh
ATAU
2. SMS/WHATSAPP : 019-9595020
ATAU

3. Borang Pesanan: http://norazizahkhazizi.blogspot.com/p/sales.html

# Please expect some differences from the measurements given
# Actual colour may vary from photo due to lighting & screen settings

No comments:

Post a Comment