Sudah beberapa hari tidak mengupdate blog. Alhamdulillah hari ini diberi kekuatan dan kelancaran idea semula. Kadang-kadang bila emosi terganggu, konsentrasi boleh terganggu dan memang kita tidak boleh membuat sesuatu walaupun benda yang sering kita lakukan.
Sebenarnya saya menyepi seketika kerana sibuk menguruskan rumah kami yang baru dipecah masuk pencuri. Alhamdulillah bila semuanya sudah selesai, barulah dapat fokus kepada kerja kembali.
Baiklah hari ini seperti yang saya janjikan saya akan
menyambung tips untuk mengekalkan kesegaran dan kecantikan tudung labuh mahupun
pakaian.
Tips Bagaimana Menyimpan TudungAnda boleh memilih bagaimana mahu menyimpan tudung samada menyangkut atau melipat.
- Untuk menggantung tudung, gunakan penyangkut berpenyepit yang bersaiz kecil dan sangkutkan pada almari atau rak penyangkut baju.
- Untuk menyimpan secara melipat, caranya lipat bahagian kain badan tudung serta menggulung sehingga paras leher tudung dan masukan gulungan tadi kedalam awning.
**Jangan sesekali melipat bahagian awning terutama untuk awning keras untuk elakkannya rosak.
- Untuk mengekalkan kesegaran tudung semasa penyimpanan, spray tudung dengan mengguna Fabrik Perfume. Saya menggunakan Fabric Perfume Jenama Strawberry. Harganya hanya RM8.00 sahaja. Jika berminat untuk dapatkannya boleh hubungi saya 019-9595020.
Tips Menggosok Tudung
Bukan semua tudung perlu digosok. Kebanyakan tudung
di Radiant Rumaisa’ hanya jarang-jarang diperlukan untuk gosok sedikit di bahagian awning
atau badannya. Menggosok sekali-sekala sebenarnya adalah perlu juga untuk
memastikan tudung cantik terletak dan kemas apabila dipakai.
Antara tudung yang tidak perlu digosok adalah tudung
dari jenis kain lycra kerana kain jenis ini tidak berkedut. Begitu juga
dengan beberapa kain jenis denim.
Tudung yang menggunakan kain cotton spandex dan
chiffon biasanya perlu digosok.
Cara Menggosok
-
Untuk menggosok bahagian awning
adalah dengan menggosok dari bahagian dalam awning tudung. - Untuk menggosok tudung, sentiasa pastikan seterika dalam keadaan suhu yang sederhana dan tidak terlalu panas.
- Untuk menggosok disarankan menggunakan Fabric Starch atau spray kanji untuk memudahkan kerja-kerja menggosok pada tudung dan shawl yang ingin dipakai.
Caranya hanya sembur pada bahagian tudung atau shawl yang ingin dibentuk itu dan digosok
dengan sterika seperti biasa.
** Kelebihan memakai Fabric Starch juga menjadikan tudung tidak mudah kotor dan 'fabric starch'
akan hilang setiap kali dibasuh.
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua dalam menjaga dan mengekalkan kecantikan tudung.
Dapatkan koleksi tudung labuh yang berkualiti boleh lihat di sini. Insya-Allah
tudung yang ada di dalam koleksi kami sejuk dan selesa dipakai dan amat mudah
dari segi penjagaan. Untuk mendapatkan bahan-bahan penjagaan pakaian juga boleh
pm atau sms saya melalui details yang diberikan.
FB Official: https://www.facebook.com/MyNurhilal
SMS/Whatsapp/Telegram: 019-9595020
No comments:
Post a Comment