Wednesday, 9 July 2014

Radiant Rumaisa' : Panduan Mudah Untuk Memberi Nama Bisnes

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam bahagia buat pembaca dan pengunjung blog yang dirahmati Allah sekalian.


Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian tips atau panduan mudah untuk memberi nama kepada bisnes atau perniagaan kita. Panduan ini sebenarnya saya dapat dari kelas Tuan Irfan Khairi (IK), yang merupakan personaliti jutawan internet terkemuka. Mungkin tips ini sudah ramai yang tahu dan tetapi saya percaya ramai juga di kalangan pembaca sekalian yang masih belum tahu dan mungkin ada juga yang baru sahaja ingin memulakan bisnes. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.


Memberi nama kepada bisnes kita sebenarnya merupakan salah satu langkah awal yang penting sebagai pengenalan identiti bisnes kita kepada pelanggan. Nama yang unik dan lain dari yang lain akan lebih mudah diingati ramai.

Berikut adalah panduan atau idea untuk memberi nama:-

Pertama: Memberi nama bisnes dengan nama sendiri sangat digalakkan. Menamakan nama anda sebagai nama bisnes sebenarnya menunjukkan keunikan dan mudah untuk membina kredibiliti.
Contoh perniagaan hebat yang menggunakan nama sendiri adalah Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB).

 
Kedua: Memberi nama dengan menggunakan huruf pangkal yang sama secara berulang.
Contoh: Air Asia, Fire Fly

 
Ketiga: Memberi nama dengan mengulang-ulang sesuatu huruf
Contoh: Coca Cola, Anggun Tudung

 
Keempat: Memberi nama dengan mengulang huruf terakhir
Contoh: Tuti Fruiti

Walau apapun, sebenarnya tidak menjadi kesalahan pun jika anda tidak menuruti panduan di atas untuk memberi nama. Ianya adalah sebahagian dari cara kita untuk kita mendapatkan idea yang terbaik.

Bagi saya sendiri, lahirnya nama Radiant Rumaisa’ adalah berpandukan tips ini. Ilham menggunakan nama puteri saya Rumaisa' dan digabungkan dengan perkataan yang ada R dihadapannya. Buat masa ini Radiant Rumaisa' merupakan pemborong utama dan peruncit tudung labuh dan selendang labuh jenama Modern Hijab.
Tidak kisah kita menjual produk apa pun, seeloknya berilah nama yang terbaik dan bersesuaian untuk bisnes kita.

Selamat Mencuba! Semoga berjaya mendapat nama terbaik.
 

 

No comments:

Post a Comment