Friday, 8 August 2014

Bisnes Online dan Akademi Bekerja di Rumah

Assalamualaikum wbt dan salam bahagia.

Didoakan kepada semua pengunjung blog ini sentiasa mendapat kebaikan dan rahmat dari Allah SWT. Setelah bercuti untuk hari raya dan sibuk menguruskan beberapa perkara penting, Alhamdulillah akhirnya hari ini dapat juga menyambung kembali berurusan di alamaya.
Untuk coretan kali ini saya ingin berkongsi kegembiraan saya. Alhamdulillah rasa sangat bersyukur dan terharu juga kerana saya akhirnya telah berjaya menyiapkan tugasan-tugasan sebagai pelajar di Akademi Bekerja Di Rumah di bawah seliaan Guru Online Puan Normi Hj Mat Yusof. Doakan saya moga terus dapat istiqomah dalam penulisan blog dan bisnes ini.

Berkecimpung di alamaya bukan sekadar untuk membuang masa dengan menghadap komputer, tetapi mencari ruang dan peluang untuk belajar ilmu bisnes dan pemasaran malahan juga meramaikan kenalan dan bersilaturrahim. Ini adalah bagi menyediakan diri saya secara fizikal dan mental untuk bekerja hanya dari rumah dan terjun sepenuhnya ke dalam dunia bisnes terutamanya bisnes online.

Diketemukan dengan tidak sengaja di facebook, akhirnya saya berkenalan dengan Puan Normi Yusof. Mengikuti status-status beliau di facebook yang saya rasakan memenuhi salah satu impian dan cita-cita saya untuk menuntut ilmu asas blog, membuatkan saya berminat untuk menyertai ABDR di bawah seliaan beliau.

Selama sebulan saya mengikuti kelas ini dan saya rasa sangat berbaloi dengan pelaburan yang telah saya lakukan. Kelas yang dilakukan hanya secara online dan dengan masa yang fleksibel memudahkan saya untuk mengatur waktu. Setiap tugasan yang diberikan ditunjuk langkah demi langkah untuk diselesaikan, malah jika ada yang kurang difahami akan dibimbing sehingga faham dan jelas. Komitmen yang diberikan oleh Guru Online Puan Normi sangat bagus, hanya terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk fokus dalam menyiapkan tugasan. Jika cepat kita siapkan tugasan, InsyaAllah cepatlah kita dapat tamatkan dan lulus kelas ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Normi Hj Mat Yusof sebagai Guru Pembimbing Online yang berdedikasi dan Puan Masayu Ahmad sebagai pengasas yang mencetuskan ABDR ini. Semoga idea dan ilmu yang mereka curahkan akan diterima Allah sebagai ibadah dan dikurniakan pahala yang berterusan. Amiin.
Jika ada yang berminat untuk menyertai kelas seperti saya boleh hubungi  saya di norazizahkhazizi@gmail.com atau sms 019-9595020 atau layari http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Jemput singgah ke facebook saya di sini ya.

No comments:

Post a Comment