Monday, 18 August 2014

Tudung Labuh Tahan Lama & Kekal Cantik: Tips Bagaimana Nak Mencuci & MenyidaiTudung Labuh


Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah kerana sekarang ini rata-rata semakin ramai golongan wanita yang memenuhi tuntutan agama dengan bertudung. Mereka bukan sekadar menitikberatkan soal pakaian yang menutup aurat, malah turut cerewet dalam bab penjagaan tudung.

Walaupun bertudung litup, penampilan yang kemas, anggun dan sopan pastinya menjadi pilihan setiap suri lebih-lebih lagi yang berkerjaya di luar rumah. Bagi mereka yang bekerja dan sentiasa sibuk ini, sudah tentu mereka mahu tudung yang mudah penjagaannya dan tetap kekal cantik dipakai.

Di sini saya ingin berkongsi tips untuk golongan wanita muslimah bagaimana untuk menjaga  tudung labuh yang dipakai supaya tahan lama dan terus kelihatan cantik. Tudung labuh yang cantik sudah pasti membuat si pemakainya tampil lebih santun dan elegan.
Untuk entri kali ini, kita ketahui cara bagaimana untuk membasuh dan menyidai dahulu. InsyaAllah saya akan sambung tips seterusnya di entri yang lain pula. :)


Tips Bagaimana Mencuci dan Menyidai Tudung


1. Mencuci dengan tangan dan menggunakan sabun yang berkandungan sodium rendah seperti sabun mandi dan JANGAN sesekali menggunakan BAHAN PELUNTUR.

2. Rendamkan tudung seketika dalam air sejuk yang telah dicampur dengan sabun tersebut kemudian bilaskan dengan air bersih.
3. Pastikan tudung tidak diberus, hanya cukup dengan rendaman sekejap sahaja.  Jika terdapat tempat yang terkena kotoran atau kesan solekan/minyak terutamanya di bahagian muka dan dagu letak sabun di bahagian kotor, rendam lama sedikit dan gosok perlahan dengan menggunakan tangan.
4. Mencuci tudung dengan tudung sahaja tanpa mencampurkan dengan pakaian lain.
5. Seeloknya jangan mencuci tudung dengan menggunakan mesin basuh. Walaupun ianya senang tapi lama kelamaan ia boleh merosakkan tudung.

6. Menggunakan fabric softener untuk mewangi dan melembutkan tudung di bilasan terakhir. Rendam untuk sekitar 1-2minit sahaja.
7. Jangan kerap memerah atau meramas tudung terutamanya bahagian awning kerana ia akan menyebabkan bentuk awning rosak dan tudung mudah hilang bentuk dan keanjalannya.
8. Tudung seeloknya disidai pada ampaian. Penggunaan hanger dielakkan untuk memastikan bahu tudung tidak mudah rosak lebih-lebih lagi  untuk tudung labuh kerana ianya berat.
9. Jika menggunakan hanger pastikan tudung digantung secara terbalik dan biarkan bahagian tudung awning berada di bawah dan kepitkan bahagian bawah tudung dengan penyepit di hanger.
10. Pastikan tudung disidai di kawasan yang redup dan elakkan menjemur di bawah terik matahari bagi mengelakkan tudung cepat rosak dan warna cepat pudar.
Kelebihan tudung Modern Hijab yang terdapat di Radiant Rumaisa’ adalah kerana awningnya merupakan awning yang lembut dan kainnya berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak.  Oleh itu cara pencucian dan penjagaan adalah lebih mudah. Untuk dapatkan tudung yang berkualiti boleh klik di sini.

No comments:

Post a Comment