Sunday, 24 August 2014

Bertudung Bukan Alasan Untuk Mengabaikan Penjagaan Rambut


Syukur Alhamdulillah kerana dapat menulis lagi pada hari ini. Terima kasih kepada pembaca yang terus sudi menjengah blog ini. InsyaAllah pada hari ini saya ingin berkongsi tentang penjagaan rambut bagi wanita muslimah yang bertudung.
Rambut adalah perhiasan berharga bagi seorang wanita. Jadi memiliki rambut yang sihat dan cantik merupakan idaman wanita. Ianya adalah mahkota yang perlu dibelai dan dijaga malah perlu dilindungi dari pandangan mata ajnabi. Walaupun rambut ditutup a.k.a bertudung, bukan satu alasan untuk wanita memandang remeh terhadap penjagaan rambut. Sayangilah ia sama sepertimana kita menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain.

Bagi wanita yang bekerja, bayangkan selama 8-10 jam sehari sewaktu kita bekerja, rambut kita terkurung di dalam tudung yang seterusnya menyebabkan rambut akan mengalami pelbagai masalah. Namun demikian, wanita bertudung insyaAllah akan tetap dapat mengekalkan kesihatan dan kesegaran kulit kepala dan rambut jika kena cara penjagaan dan perawatannya.
Berikut antara masalah utama rambut mereka yang sering terjadi pada wanita:
~ Rambut Mudah Gugur
~ Rambut Berbau
~ Berkelemumur
~ Kulit Kepala Berminyak
~ Hujung Rambut Berbuah

Jadi, apakah tips dan bagaimana caranya untuk kita menjaga kulit kepala dan rambut kita dari masalah tersebut? Insya-Allah di sini saya ingin kongsikan beberapa cara yang patut kita lakukan untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran rambut dan kulit kepala khasnya untuk wanita bertudung.
Panduan di bawah ini boleh anda ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik.

Mencuci Rambut Secara Berselang.

·   Bagi wanita bertudung, mencuci rambut tidak perlu setiap hari. Cukup mencuci rambut berselang hari atau sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu.

·         Waktu yang ideal untuk mencuci rambut adalah pada waktu petang atau malam iaitu setelah melakukan kerja harian anda terutama bagi suri yang bekerja.

Mengeringkan Rambut

·   Selepas rambut dicuci, pastikan rambut dikeringkan dulu sebelum memakai tudung. Pemakaian tudung ketika rambut basah akan menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan boleh mengakibatkan sakit kepala.

·         Memakai tudung ketika rambut basah juga akan menimbulkan masalah kelemumur, rambut berminyak dan rambut berbau yang kurang menyenangkan.

·         Tidak perlu mengikat rambut ketika masih basah, biarkan rambut lepas bebas oleh itu ia akan mengering secara semulajadi. Dengan itu, rambut anda akan lebih terjaga dan mengurangkan kegatalan di kepala serta rambut gugur.

 Merawat Dan Merapi Rambut

·         Memilih produk yang bersesuaian dengan jenis rambut dan kulit kepala serta mampu menjaga kesihatan kulit kepala dan rambut, dan boleh menyelesaikan masalah rambut seperti kelemumur atau kulit kepala gatal.

·         Pilihlah produk berasaskan semulajadi dan herba kerana ia akan menjaga rambut anda lebih baik. Penggunaan produk rambut yang lengkap seperti syampu, perapi, minyak rambut (sebelum cucian), serum/tonik (selepas cucian) dan masker rambut amat penting khususnya bagi wanita yang menghadapi masalah rambut.

·         Semasa menyampu rambut, urut kulit kepala minimum 3 minit bagi melancarkan perjalanan darah kulit kepala dan memastikan nutrien syampu diserap secukupnya.

·         Gunakan perapi rambut terutamanya yang mengalami masalah rambut kering yang serius (bagi wanita yang bermasalah kulit kepala berminyak tidak digalakkan). Oleh itu, sebaiknya menggunakan syampu yang berasingan dengan perapi.

·         Gunakan syampu yang berasaskan herba (Tips: Shampu yang terbaik membuatkan rambut terasa kesat selepas digunakan). Selain itu, gunalah syampu atau pencuci rambut yang bersesuaian dengan anda dan pastikan syampu tersebut berkesan dalam penjagaan rambut anda.

·         Memeriksa jika ada sel rambut mati dan menggunting hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. Ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.

·         Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

Mengatasi Masalah Rambut Dengan Segera

·       Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar rambut yang menyediakan perkhidmatan rambut atau menggunakan produk herba yang mudah diperolehi dalam pasaran. Namun pastikan ianya tulen, halal dan tidak memudaratkan kesihatan anda.

·       Boleh juga dapatkan nasihat dari doktor atau ahli farmasi untuk rawatan yang sesuai dengan anda. Perlu diingat, masalah pada rambut kadangkala bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. 

Pemakanan Yang Berzat

·     Kesihatan rambut juga bergantung kepada apa yang kita makan. Makanan yang    berunsurkan protein, Vitamin B6, B12, dan C amat penting untuk rambut anda seperti ikan, telur, susu, bijirin, buah-buahan dan sayuran hijau. 

·     Minum air kosong secukupnya, makan lobak merah, minum air teh hijau juga dapat mengekalkan rambut yang sihat.

Merehatkan Diri Dan Rambut

·         Sebaik sahaja sampai di rumah, setelah membuka tudung buka ikatan rambut supaya angin meresap ke kulit kepala. Berikan masa untuk kulit rehat dan mengeringkan peluh di kulit kepala. Elakkan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah. Masa yang ideal untuk merehatkan rambut adalah setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering.

Memilih Fabrik Tudung Yang Sesuai

·    Pemilihan tudung daripada material yang lembut dan berkualiti seperti kain kapas kerana fabrik ini mudah menyerap peluh dan mampu memberi pengaliran udara yang baik agar kulit kepala dapat bernafas.

·    Pemakaian tudung terkini yang berlapis-lapis sebaiknya jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda, semakin sukar rambut anda bernafas dan mudah lembab dan berbau dan sebaiknya elakkan terus memakai tudung yang berlapis-lapis ini ketika sedang beriadah.

·        Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini akan membuatkan rasa kurang selesa, mudah pening dan kulit kepala akan mudah gatal dan berpeluh.
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua dalam penjagaan rambut walaupun bertudung.
Dapatkan koleksi tudung labuh yang berkualiti boleh lihat di sini. Insya-Allah tudung yang ada di dalam koleksi kami sejuk dan selesa dipakai dan sesuai untuk pengudaraan kulit kepala yang baik.


Rasya Exclusive XL



Tuesday, 19 August 2014

Radiant Rumaisa': Tudung Labuh Berdagu Rasya Exclusive XL


 
Tampil Sopan dan Menawan dengan Rasya Exclusive
~ menutup dagu
~ Kain yang sejuk, lembut & selesa
~ Didatangkan dengan rona warna yang lembut dan menarik
~ Menjimatkan masa untuk anda yang sibuk dengan kerja harian
~ Awning lembut sesuai dengan semua bentuk muka
~ labuh menutupi dada
~ Sangat mudah dipakai dan digayakan
~ Stok sangat terhad

Material : Lycra Korea
Design : Double Kerinting Paiseley
Awning : Soft awning Kodroi
Size : XL
Labuh Tepi : Dari dagu 24-25.5 inci
belakang 35 inci
Labuh selepas twist : XL
Lilit Muka : 10.5 inci
Berat : 194 gram
=============================
Harga Runcit
RM 69
Dibuka untuk Borong dan Runcit
=======================

Cara Order :

Taipkan <NAMA ANDA> <KOD TUDUNG>< BILANGAN> dan hantar ke
1. https://www.facebook.com/messages/galeritudunglabuh
ATAU
2. SMS/WHATSAPP : 019-9595020
ATAU
3. Borang Pesanan

# Please expect some differences from the measurements given
# Actual colour may vary from photo due to lighting & screen settings




 





 



 

 

 




Monday, 18 August 2014

Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat


Bismillahirahmanirrahim.
 
Assalamualaikum wbt dan salam sayang buat pembaca yang dikasihi Allah.
 
Sekadar renungan buat kita wanita muslimah. Menutup aurat itu adalah kewajipan bagi setiap muslim. Memelihara aurat dengan sempurna adalah lambang keperibadian muslimah.
 
Bagi wanita muslimah tentunya bukan setakat memakai tudung tetapi menutup aurat yang sebenarnya adalah menutup segala yang wajib ditutup mengikut ciri-ciri yang digariskan syariat Islam. Sedar tak sedar kadang-kadang kita melakukan beberapa kesilapan yang sebenarnya mendedahkan aurat kita. Ikuti kupasan terperinci dari Ustaz Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman di www.zaharuddin.net

 
 
 

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya. 

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
 
Untuk bacaan lanjut boleh klik di sini.
 
Alhamdulillah, bagi memberi pilihan  kepada wanita muslimah, Radiant Rumaisa' InsyaAllah berusaha untuk tetap menampilkan pelbagai pilihan tudung labuh menutup dada yang patuh syariah.
 
 
Untuk dapatkan tudung labuh terkini yang menutup dada boleh klik di sini.
 
Nor Azizah Khazizi
019-9595020


Tudung Labuh Tahan Lama & Kekal Cantik: Tips Bagaimana Nak Mencuci & MenyidaiTudung Labuh


Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah kerana sekarang ini rata-rata semakin ramai golongan wanita yang memenuhi tuntutan agama dengan bertudung. Mereka bukan sekadar menitikberatkan soal pakaian yang menutup aurat, malah turut cerewet dalam bab penjagaan tudung.

Walaupun bertudung litup, penampilan yang kemas, anggun dan sopan pastinya menjadi pilihan setiap suri lebih-lebih lagi yang berkerjaya di luar rumah. Bagi mereka yang bekerja dan sentiasa sibuk ini, sudah tentu mereka mahu tudung yang mudah penjagaannya dan tetap kekal cantik dipakai.

Di sini saya ingin berkongsi tips untuk golongan wanita muslimah bagaimana untuk menjaga  tudung labuh yang dipakai supaya tahan lama dan terus kelihatan cantik. Tudung labuh yang cantik sudah pasti membuat si pemakainya tampil lebih santun dan elegan.
Untuk entri kali ini, kita ketahui cara bagaimana untuk membasuh dan menyidai dahulu. InsyaAllah saya akan sambung tips seterusnya di entri yang lain pula. :)


Tips Bagaimana Mencuci dan Menyidai Tudung


1. Mencuci dengan tangan dan menggunakan sabun yang berkandungan sodium rendah seperti sabun mandi dan JANGAN sesekali menggunakan BAHAN PELUNTUR.

2. Rendamkan tudung seketika dalam air sejuk yang telah dicampur dengan sabun tersebut kemudian bilaskan dengan air bersih.
3. Pastikan tudung tidak diberus, hanya cukup dengan rendaman sekejap sahaja.  Jika terdapat tempat yang terkena kotoran atau kesan solekan/minyak terutamanya di bahagian muka dan dagu letak sabun di bahagian kotor, rendam lama sedikit dan gosok perlahan dengan menggunakan tangan.
4. Mencuci tudung dengan tudung sahaja tanpa mencampurkan dengan pakaian lain.
5. Seeloknya jangan mencuci tudung dengan menggunakan mesin basuh. Walaupun ianya senang tapi lama kelamaan ia boleh merosakkan tudung.

6. Menggunakan fabric softener untuk mewangi dan melembutkan tudung di bilasan terakhir. Rendam untuk sekitar 1-2minit sahaja.
7. Jangan kerap memerah atau meramas tudung terutamanya bahagian awning kerana ia akan menyebabkan bentuk awning rosak dan tudung mudah hilang bentuk dan keanjalannya.
8. Tudung seeloknya disidai pada ampaian. Penggunaan hanger dielakkan untuk memastikan bahu tudung tidak mudah rosak lebih-lebih lagi  untuk tudung labuh kerana ianya berat.
9. Jika menggunakan hanger pastikan tudung digantung secara terbalik dan biarkan bahagian tudung awning berada di bawah dan kepitkan bahagian bawah tudung dengan penyepit di hanger.
10. Pastikan tudung disidai di kawasan yang redup dan elakkan menjemur di bawah terik matahari bagi mengelakkan tudung cepat rosak dan warna cepat pudar.
Kelebihan tudung Modern Hijab yang terdapat di Radiant Rumaisa’ adalah kerana awningnya merupakan awning yang lembut dan kainnya berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak.  Oleh itu cara pencucian dan penjagaan adalah lebih mudah. Untuk dapatkan tudung yang berkualiti boleh klik di sini.