Tuesday, 25 November 2014

Penghujung 2014: Jualan Akhir Tahun YES 1MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan alamaya yang dirahmati Allah sekalian. Bagaimana keadaan diri, keluarga, kesihatan mahupun kehidupan seharian rakan-rakan semua? Saya harap semuanya dalam keadaan yang terbaik belaka.

Nampaknya kita sudah sampai ke penghujung tahun 2014. Sekejap sahaja masa berlalu meninggalkan kita. Diri semakin tua, anak-anak semakin membesar. Kesempatan waktu yang masih ada moga dapat manfaatkan untuk menjadi lebih baik dari semalam. Sebenarnya lebih peringatan kepada diri sendiri.

Baiklah, seperti yang kita sedia maklum setiap akhir tahun akan diadakan Year End Sale 1Malaysia di kebanyakan outlets, kompleks membeli-belah, butik-butik dan sebagainya. Oleh yang demikian Galeri Radiant Rumaisa' juga sangat berbesar hati dan tidak mahu ketinggalan. Kami akan mengadakan Jualan Penghabisan Stok dan harga promosi untuk tudung dan shawl labuh terbaru bermula pada hari ini 25 November 2014 sehingga 5 Januari 2015.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan stok-stok tudung terbaik di Galeri kami atau boleh terus skrol ke bawah untuk gambar-gambar tudung/shawl.



Jika ada yang berkenan boleh terus SMS/Whatsapp ke  019-9595020 <YES1M> < JenisTudung>
Jangan lupa ya rakan-rakan semua. Saya tunggu kalian pm saya.
























Friday, 14 November 2014

Telekung Lycra - Tak Sah Solat?

Assalamualaikum buat teman-teman pembaca sekalian. Maaf kerana mengambil masa yang lama untuk kembali muncul di alam maya. Saya tidak ke mana, cuma kesibukan kerja di luar membataskan waktu untuk saya berkongsi di blog. Untuk menulis, saya masih bertatih jadi untuk betul-betul selesa saya perlu waktu yang lebih lama untuk menghadap komputer (Hehe..alasan yang selalu dicipta. Betul tak?😉) Insya Allah saya akan terus berkongsi walaupun lambat dan lama. Doakan saya 😊ya.

Untuk posting kali ini saya ingin bawakan perkongsian dari blog Ustazah Ani yang saya rasa bagus untuk wanita muslimah seperti saya yang ingin menutup aurat dengan sempurna. Kupasan yang diberikan oleh beliau adalah berkaitan trend terkini tudung labuh atau telekung lycra. Moga perkongsian beliau ini dapat kita perbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik dan menuju ke arah penjagaan dan penutupan aurat yang lebih sempurna.

Telekung Lycra ( USTAZAH ANI)

Assalamualaikum sahabat-sahabat ustazah yang dikasihi sekalian. Sebagaimana yang kita tahu kebelakangan ini terlalu banyak post-post tentang telekung lycra, samada si pemakai sah atau batal bersolat dengan memakai telekung lycra? Ramai yang call, wattapp, we chat ustazah dan bertanya tentang hukum menggunakan telekung lycra di dalam solat.

Ustazah sendiri tak perasan tentang hal ini sehingga ustazah menerima berbagai-bagai persoalan tentangnya. Jadi ustazah tergerak untuk membantu setakat yang ustazah mampu bagi mengeluarkan segala kekusutan yang dihadapi oleh ramai kaum wanita tentang telekung lycra. Ustazah mohon maaf jika ini sahaja kemampuan yang ada.

Lycra adalah sejenis kain yang agak berat dan mempunyai pelbagai jenis ketebalan dan warna. Ada yang jenis tebal dan ada yang jenis nipis. Dan kain jenis lycra agak sejuk dan sedap di pakai. Lycra bukan sahaja dijadikan telekung malah jugak dijadikan tudung, kain, blouse dan jubah. Keadaan kain yang agak berat akan menjadikan si pemakai boleh menonjolkan susuk tubuh dan bonjolan-bonjolan rahsia di tubuhnya. Untuk menjadikan ia sebagai pakaian luar yang dipakai di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) kaum wanita wajib berhati-hati kerana boleh mengundang kepada hukum haram dan berdosa kerana ciri-ciri menutup aurat yakni tidak menampakkan bentuk tubuh mungkin tidak dapat dipenuhi. Jadi hati-hati dalam memilih jenis kain untuk dijadikan tudung atau pakaian luaran. Pastikan tudung itu bukan jenis yang melekap pada tubuh dan orang boleh meneka saiz badan kita.

Berbalik pada telekung, ini yang menjadikan isu hangat sekarang ini. Pertamanya,  kita harus tahu di mana kita hendak mendirikan solat?
Kalau kita solat hanya di rumah di mana hanya ada semua mahram-mahram kita, maka ianya tidaklah menjadi satu kesalahan yang mana tidak memenuhi syarat sah sembahyang. Misalnya kita solat di rumah atau di ruang solat wanita maka tidaklah sampai membawa kepada hukum batal solat jika menggunakan telekung lycra. Ini kerana 'menutup aurat' di dalam salah satu syarat sah sembahyang membawa maksud :

1. Menutup aurat antara pusat dan lutut bagi lelaki.

2. Menutup keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan DENGAN SUATU YANG MENUTUP DAN MENEGAH DARIPADA DILIHAT WARNA KULITNYA PADA PIHAK ATAS DAN KELILINGNYA WALAUPUN DILUMUR LUMPUR SEKALIPUN.

Mengikut syarat kedua itu sudah jelas solat kita sudah sah walaupun dilumur lumpur sekalipun. Apa yang kita faham kalau lumur lumpur pastinya bentuk tubuh boleh kelihatan. Cuma warna kulit sahaja yang tidak kelihatan. Ringkasnya di sini jika kita bersembahyang di ruang solat wanita atau di hadapan mahram kita, tidak jadi isu atau soal tentang menampakkan bentuk tubuh. Boleh sahaja bersolat dengan pakai seluar panjang, baju kurung atau TELEKUNG LYCRA yang mana kita tahu telekung lycra tidak jarang hanya nampak bentuk sahaja. Ustazah kira sahabat semua dah faham tentang ' bentuk tubuh' atas penerangan sebelum ini kan.

TETAPI!! Awas jika solatnya di ruang terbuka atau di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) maka anda semua kena jaga ciri-ciri menutup aurat. Hati-hati dengan telekung lycra yang nipis ya. Cari kain yang lebih tebal untuk dijadikan telekung atau boleh sahaja solat tanpa telekung dengan jubah dan baju kurung yang longgar. Marilah kita cuba tinggalkan sebentar telekung kita di rumah. Jadikan amalan untuk sentiasa menutup aurat di luar solat sehingga pakaian tersebut boleh bawa kepada solat kita bila-bila masa.

Terlanjur ustazah cakap pasal telekung lycra sehingga menjadi keresahan kepada kita semua, ustazah nak mengajak sahabat-sahabat tengok ke bawah iaitu kaki saudari-saudari atau para suami check kaki-kaki para isteri ADAKAH SUDAH MENUTUP AURAT sepenuhnya. Berstokin atau tidak?? Alang-alang risau tentang telekung marilah kita ubah penampilan kita, jangan isu telekung lycra sahaja nak dirisaukan. Tudung kita semasa keluar rumah adakah sudah menutup sehingga ke bawah dada, tangan baju yang labuh, kaki berstokin. Marilah kita bertaubat dan kembali kepada Allah.

Insya Allah di bawah sini ustazah copy nota dari sahabat fb ustazah Akhie Sharulzaman Mohd Zahar tentang ciri-ciri menutup aurat mengikut pandangan Islam. Jazakallah atas perkongsian ilmu

BEBERAPA KUTIPAN:

1. Telekung berwarna adalah harus digunakan kerana syarat mendirikan solat adalah menutup aurat tidak nipis sehingga menampakkan kulit (aurat)

2. Hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis. 

3. Jika nampak warna kulit dari luar telekung/ pakaian wanita, tidak sah solatnya. Wajib diulang semula solat yg telah dilakukan tetapi jika nampak bayang sahaja, makruh hukumnya, tapi solatnya sah. ☺

4. Kalau telekung jarang, adalah perlu untuk dicover sepenuhnya dulu sebelum menyarung telekung. Tak kiralah dengan memakai inner, berlengan panjang atau apa juga, asalkan dapat menutup aurat. 

4. Marilah sama-sama kita perbaiki. Sebelum solat check dulu aurat. Bimbang nanti yang dapat hanyalah penat. Biar susah di dunia jangan susah di akhirat.

5. Andainya seorang wanita memakai baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ia berwarna-warni, solatnya tetap sah. Menurut Jumhur Ulama, diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat: “Jika kain dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ia dibolehkan.”

6. Aurat wanita ketika solat sama seperti aurat wanita di luar solat. Seperti batasan aurat wanita yang diguna pakai masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan pandangan ini, tidak semestinya telekung saja boleh dijadikan pakaian solat. Baju kurung, jubah dan blaus juga boleh dijadikan pakaian solat walaupun ia bukan berwarna putih.

BACAAN BUAT MENAMBAH ILMU....

Sumber:
http://ustazahanidakwah.blogspot.com/2014/11/telekung-lycra-ustazah-ani.html?m=1

Untuk melihat koleksi tudung labuh, boleh klik sini.www.facebook.com/galeritudunglabuh