Assalamualaikum wbt dan salam bahagia buat semua pengunjung blog yang disayangi sekalian. Maaf kerana agak lama menyepi. Di akhir-akhir ini jadual dan rutin harian saya agak sibuk sekali menyebabkan terpaksa menangguhkan dunia blogging seketika. Kebetulan stok baru tudung dan shawl agak lewat sedikit keluar jadi saya mengutamakan kerja-kerja offline dahulu.
Walau bagaimanapun, setiap pm atau pesanan mahupun tempahan pelanggan tetap saya utamakan dan uruskan sehingga selesai :).
Baiklah, hari ini saya ingin memperkenalkan koleksi terbaru Radiant Rumaisa' dari Modern Hijab. Alhamdulillah akhirnya tudung dan shawl terbaru yang dinantikan akhirnya sampai ke tangan saya. Umumnya, kita mengetahui bahawa trend pemakaian tudung dengan fesyen terkini sangat pantas, lebih-lebih lagi dengan perkembangan pesat dunia teknologi maklumat ini. Trend ini termasuk untuk pemakaian tudung dan selendang/shawl labuh. Pada saya sendiri, tidak salah untuk berfesyen tetapi biarlah bersederhana dan tetap menjaga penampilan sebagai seorang muslimah dan mematuhi syariat.
Apa yang menariknya tentang tudung kali ini? Ya, kali ini koleksi terbaru ini sangat memudahkan si pemakai untuk memakai shawl. Sebelum ini ramai yang pm saya secara personal menyatakan yang susahnya nak pakai shawl sebab perlu lilit-lilit, perlu pin banyak, perlu bantuan orang lain untuk pakai dan sebagainya. Kata mereka lagi walaupun dah tengok tutorial tetapi masih kurang menjadi. Kadang-kadang ada yang terpaksa membatalkan hasrat untuk membeli shawl walaupun hati memang berminat sangat dengan shawl tersebut. Hehe..
Oleh yang demikian, teristimewa bagi wanita muslimah yang rasa demikian, kami tidak mahu menghampakan hajat mereka untuk memakai shawl juga, maka lahirlah koleksi terbaru Instant Shawl Madeena Exclusive ini.
Alhamdulillah, pemakaian shawl ini mudah sahaja, tidak perlu lagi melilit atau menggunakan pin banyak, hanya sarungkan sahaja, kemaskan dan pin. Sangat mudah dan menjimatkan masa. Materialnya diperbuat dari Lycra Korea 100% pastinya membuatkan si pemakai merasa selesa lebih-lebih lagi kainnya juga tidak panas dan tidak jarang. Untuk koleksi kali ini didatangkan dengan 10 warna yang menarik, tetapi stok sangat TERHAD. Jadi tempahlah sekarang.
Untuk tempahan adalah seperti berikut:
Taipkan <NAMA ANDA> <KOD TUDUNG>< BILANGAN> dan hantar ke
1. https://www.facebook.com/
ATAU
2. SMS/WHATSAPP : 019-9595020
ATAU
3. Borang Pesanan
Boleh hubungi saya:
FB: NK Azizah Nor Azizah Khazizi